asslamualaikum...saya
ada berjalan-jalan di blog,, atau dalam bahasa orang putih kita panggil sbg
blogwalking.. then,, saya ada terjumpa something yang saya seronok sangat nak
kongsi ngan korang semua.. saya dah tulis pasal benda ni kat facebook dulu ingat
tak??,, and believe it or not,, ramai gak yang baru tahu pasal
"benda" tu mcm saya.. hahaha... ok,, saya tak nak buat korang
tertanya-tanya,, so kalau nak tahu apakah "benda" itu,, boleh la
tengok gambar kat atas ni coz gmbar ni adalah Hint kepada 'benda' tu,, atau
korang sambung je baca entri ni.. o.O/
sepanjang kita
belajar kat muka bumi ni samada di masjid, di sekolah, di pondok or di
mana-mana sahaja,, pasti setiap apa yang diajar oleh pendidik kita akan
disertakan dengan penerangan dan ulasan bagi memudahkan kita untuk memahami apa
yang diajar itu.. tapi,, ada jugak kadang2 cikgu kita tak mampu nak bagi
penerangan dengan jelas dan kukuh kerana cikgu juga manusia yang dalam proses
belajar... sebagai contoh,, peribahasa yang kita selalu guna iaitu "Harapkan
pagar, pagar makan padi"..
cikgu korang
pernah jelaskan kenapa dan bagaimana pagar boleh makan padi?? hmmm... cikgu
saya tak pernah terangkan pasal benda ni,, tapi kawan saya pernah cerita yang
cikgu dia pernah terang kat kelas dia macam ni;
"pesawah
buat pagar cantik2 untuk jaga padi,, akhirnya,, pagar tu plak yang roboh dan
rosakkan padi tu"
menarik betul
cikgu ni kan??.. heheheh.. saya kadang2 tersenyum sorang2 kalau ingat
pasal cerita ni.. o.O/ , saya memang dari dulu lagi fikir,, macam mana
lah pagar ni boleh makan padi.. dan,, saya juga tak pernah nampak pun orang
bina pagar kat sawah padi.. pelik-pelik...uhuhuh
tapi,, akhirnya
permasalah ini terjawab juga.. sebenarnya,, telah berlaku kesilapan ketika
menterjemahkan peribahasa ini dari jawi ke rumi oleh orang dulu-dulu...
sepatutnya,, peribahasa ini berbunyi macam ni,,
"harapkan
PEGAR, PEGAR makan padi"
ok,, pegar itu
ialah sejenis burung yang banyak terdapat di asia terutamanya di India...
saya PEGAR,,
bukan PAGAR!!!
burung pegar ni
suka terbang di padang atau kawasan tanaman seperti sawah padi... saiz
burung ni agak besar iaitu panjangnya kira 50 cm,, dan boleh mencapai sehingga
90 cm!!! huiyooo...
dan ada satu lagi
perbihasa yang selalu kita guna tapi sebenarnya salah,, iaitu "melepaskan
BATUK di tangga".. haha.. saya tak paham,, kenapalah kalau kita batuk kat
tangga,, itu bermakna kita telah melakukan kerja separuh jalan.. tak masuk akal
bukan?? ini sebenarnya kerana,, peribahasa tersebut spatutnya berbunyi"melepaskan
BATOK di tangga"
saya lah si BATOK.. lalala~~ ♪♪♪
batok ni adalah
satu alat yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan sebagai air basuhan
kaki sebelum naik rumah.. orang dulu-dulu kan rumah tinggi-tinggi,, so mesti
ada tangga kat depan rumah mereka.. mcam rumah kat bawah ni..
jadi,, logik lah
kalau batuk tu sepatunya BATOK,, then barulah sesuai dengan maksud peribahasa
tu... hmmm.. dah pandai guna BATOK untuk basuh kaki,, so pandai-pandailah letak
semula dalam tempayan tu..
menarik kan??
saya rasa,, dari kesalahan-kesalahan peribahasa ni,, sepatutnya diciptakan satu
peribahasa yang baru iaitu..
"Pegar buat
durjana,, Pagar dapat nama"
pegar buat
durjana makan padi,, tapi pagar yg dipersalahkan
"bagai
manusia lepaskan batok"
tak mengenang
budi.. batok tolong basuh kaki,, tapi ditinggalkan macam tu je...
terima
kasih....