Ya Tuhan..
maaf kerana kerap
kali mengkufuri nikmatmu.
Walau tanpa sedar,
Aku terus menerus mengkufurinya..
Walau sudah diperingatkan,
Namunku tetap melakukannya..
Lumrah aku sebagai manusia,
Yang ingin lebih dari apa yang Kau beri..
Walaupun ku tahu..
Ku tidak mampu memilikinya,
Kerana itu bukan yang terbaik untukku.
Aku tahu semua itu,
Namunku tetap menginginkannya..
Ya Tuhan,maaf kerana kerap
kali mengkufuri nikmatMu..
Fabi aiyi alaa irabbikuma tukazziban..
Setiap kali ku melakukannya..
Ku cuba pujuk diriku dengan ayat itu,
Walau pahit ku menyebutnya..
Keranaku tahu..
Itulah yang terbaik untukku..
Ya Tuhan,
Terima kasih kerana menyedarkanku..
Supaya aku bukanlah tergolong
daripada golongan itu..
Fabi aiyi alaa irabbikuma tukazziban..
Maka nikmat tuhanmu yang
manakah kau dustakan?
Tepuk hatimu,tanya imanmu…
YA.. antara kte seringkali mendustai nikmat Allah..
ReplyDeletedia menciptakan manusia dari tanah yg hanyir..
Fabiayyia laa irobbikumaa tukazziban..
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
mungkin banyak nikmat tuhan yang kita dustakan..
ReplyDeletecuma kita sendiri yg tidak sedar....