terbang burung terbang,
terbang tinggi di awan,
di mana kasihnya sayang,
tersangkut di hati perawan.
Hmmmm...
leka mendengar puisi remaja,
yang sedang asyik, kemaruk cinta,
hingga fikiran jadi buntu,
lalu menyapa menung
dalam helaian rambut dihembus sepoi-sepoi bahasa,
tenang rasanya mendengar irama mergastua
dan nyanyian ombak menghenpas pantai,
namun,
tidak setenang hati ini
yang masih lagi bergelora dilanda tsunami,
mahu berpaut ditepian sampan,
akan tetapi takut sama-sama karam dilautan.
Dengan kasih ibu dan bapa,
datang satu kelahiran,
semua telah dijanjikan,
minit, jam, hari, bulan, tahun....
Datang mengisi ruang dunia nyata,
menambah bilangan penduduknya,
dalam tangis, dan senyum tawa,
menuju kedewasaan.
Masa-masa membawa perubahan,
kekadang disedari, kekadang tidak,
tapi... itulah dia,
usia kian bertambah,
seiring masa yang berlalu,
kerana usia itu sendiri diukur dengan masa.
dan masa di sini telah ditetapkan,
ibarat sebatang lilin yang dinyalakan,
ia akan semakin pendek
bila semakin lama bernyala,
dan bila sampai dipenghujung sumbunya,
padamlah nyalaannya,
biarpun lilin masih bersisa.
*dari pena menari....
tercetus warkah idea...dalam mencari mimpi
akan tertulis realiti...*
aliesya maisara a.k.a anak langkawi...
salam kunjungan puteri... nak bagi tau ni, ada gambar puteri digunakan dalam blog orang. ni linknya kalau nak tengok : http://arpiiz001.blogspot.com/2011/04/huwaaa-aku-dipaksa-kahwin.html
ReplyDeletewsalam....benda ni dah biasa berlaku..mereka amek di google..mungkin silap saya sbb tak buat watermak dulu...
ReplyDeleteape2 pun terima kasih banyak2..