Masihkah ada sekilas ingatan dalam hatimu..???
Ingatan yang tercipta di kala kita bersama dahulu..
Kenangan akan kisah persahabatan..
Yang kini mulai Ku rindukannya..
Saat-saat ketika kita lalui bersama..
Ada suka,ada duka..
Dan gelak tawa penghias hari kita..
Lelah tak akan bererti bagi Ku..
Kerana kebersamaan kita hapuskan semuanya..
Yang tersisa hanyalah cinta dan kasih..
Mungkinkah akan Ku temukan kembali..???
Masa-masa indah ini..
Tak pernah Ku biarkan..
Ombak menghapus kenangan kita..
Meski buih-buih kecil itu telah lampaui masa..
Namun,semua kenangan kita akan menjadi separuh nyawa Ku..
Dan menjadi bahagian dari hidup Kita..
Dan Ku yakin,suatu saat akan kau dapatkan..
Jalanmu untuk hidupmu..
Namun,berjanjilah kepada Ku..
Kalian semua tak akan melupakan Aku..
Ataupun semua kenangan kita..
dari aku....
No comments:
Post a Comment