selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Friday 30 September 2011

selamat tinggal kawan...0_o.


Kelmarin kau tersenyum padaku

Menanda ramah perilaku
Kutanya siapa namamu
Kau jawab sopan menjamu

Kini ku tahu siapa...
Ingatan dalam nama

Pergi jauh kelana..
Tak kembali datang ke dunia  
Sedih telinga berkata
Bertebar kabar duka
Cerry terbangkan nyawa
Ke surga kau kini berada

Pecah samudra mataku
Tersedu mengeru lelung hati

Meski sedih tampak tak tahu
Teriris terkikis insan ini

aduh, kawan...

Semasa kita berteman
Semasa pula berpisah
Untukmu ialah kisah 

Bagimu dunia telah sirna

Yang ada hanya tiga
Kubaca lentera doa 
Ku kirim jauh kesana

Semoga ramah penjaga

Semoga aman hisaban
Semoga terampuni dosa
Semoga berkenan amalan

ku tabah cuba ku mengerti

terlalu  sulit untukku fahami
Air mata tertutup terbatasi
Tak terbendung deras aliri pipi

Dari sini ku berdiri
Ku ucapkan salam perpisahan

Selamat jalan kawan
Bagiku kau sangatlah berarti

al-fatihah....

*tiada dunia yang abadi,ada kehidupan ada pula sebaliknya,
jalani semampu kita,bertaqwa padanya dan lakukan yang terbaik*

sekadar gambar hiasan..

Saturday 24 September 2011

malam... 0_o.


Kedinginan malam ini sungguh lain dari lain..
hatiku jadi sayu seketika..
kerukunan malam ini...
kulihat dilangit...
Indah sungguh ciptaanNYA..

Bulan yang terang..
menerangi malamku ini...
Bintang-bintang berkelipan..
gambar dari puncak gunung jerai....
menemaniku malamku ini..

Angin malam menusuk ke tulangku..
kuterasa kedamaian malam ini..
kulihat bumi ini di terangi 
cahaya lampu yang berwarna-warni..

Indahnya Malam ini...
kesayuan ku terubat dikala
aku melihat keindahan malam..
ku pasti ada yang sedang seronok di buai mimpi..
mimpi yang mungkin yang telah mereka 
cuba
 fikirkan 
sebelum mereka terlena..

Wahai! sekalian Umat Islam..
janganlah kamu terlena dalam tidurmu..
bangkitlah di waktu dinihari..
dan bersujudlah kepadaNya..
kesunyian malamlah..
yang paling baik untuk kalian bertafakur..

Malam kian larut..
dan fajar pagi akan menjelma..
malam akan kuketemui lagi...
selagi mataku masih celik..
selagi nadiku masih berfungsi...

Wednesday 21 September 2011

siapalah diriku di sisi mu tuhan ku...??? 0_o.


nothing to say for the intro.. just one thing, sama samalah kita muhasabah diri..
insyaALLAH..




Malam ini..
Ku lihat cahaya mu seakan akan menyepi..

Yang kelihatan..
Hanyalah cebisan-cebisan cahaya..
Cuma nampak dari pandangan sisi..
Akan tetapi amat sedikit sekali..

Mengapa ya rembulan ?
Mengapa amat sukar sekali..
Mengapa amat sukar melihat cahaya mu yang beseri seri ?

Adakalanya ku berfikir sendiri..
Berfikr tentang salah silap diri..
Berfikir akan keadaan manusia zaman kini..
Berfikir akan akhirat yang bakal menanti..
Semua itu berlegar legar di benak ku ini..

Mungkin kau ingin menegur kami..
Mungkin jua kau ingin menyedarkan hati hati kami..

Dengan memalapkan cahaya mu ini..
Dapat kami memuhasabah diri..
Dapat kami sedarkan jiwa jiwa kami..
Yang selama ini asyik terbuai dengan mimpi mimpi..
Terbuai dengan mimpi yang tak pernah menjadi realiti..

Sering saja menipu diri kami..
Atau mungkin juga kau ingin mengetuk hati hati kami..
Yang selama ini asyik mengejar duniawi..
Sampai terlupa akan perintah Illahi..
Sehingga mengenepikan suruhan Nabi..

Yang batil dijulang tinggi..
Dan yang hak dibuang saja ke tepi..
Tanpa mengambil kisah soal hidup dan mati..
Seolah olah hidup ini tiada ketika untuk henti..
Menganggap dunialah yang kekal abadi..

Atau.....
Mungkin jua kau ingin menasihati kami..
Agar sentiasa mensyukuri nikmat nikmat Illahi..
Kerana sering saja kami tidak ambil peduli..
Akan segala nikmat yang telah diberi..
Menganggap seolah olah semua itu suatu pemberian..
Walhal ianya adalah satu kerahmatan..

Dan sesungguhnya ..
Allah hanya mahu menguji..
“Bersyukurkah hambaKu ini ?”

Jika tidak..
Rasailah azab Ku yang amat pedih..
Di akhirat nanti..

Terima kasih ya rembulan..
Kemalapan cahaya mu ini..
Memberi seribu satu erti..

Dengan ini..
Dapat kami memuhasabah diri..
Yang kadang kalanya..
Selalu berangan angan tinggi..
Sehinggakan terlupa..

Kami sedang berpijak pada dunia realiti..
Dan bukan lagi sebuah mimpi..
Di mana semuanya dinilai Illahi..
Baik dan buruk,
Semuanya akan dikira sekali..
Andai yang baik melebihi..

Pasti..
Pasti akan tersenyum syukur kepada Illahi..
Dan andai yang buruk pula melebihi..
Neraka Jahanam lah yang akan didiami..

Sedarlah wahai diri..
Hidup ini hanya sekali..
Tidak akan kembali lagi ke bumi setelah mati..
Gunakanlah setiap saat yang diberi..
Dengan perkara perkara yang berkualiti..
Agar kelak tiada menyesal diri..

Ketika saat kau berjumpa dengan Rabbi......

Sunday 18 September 2011

sampai bila bertahan... 0_o.


Aku hanya ingin bicara
Aku dan kamu
Tidak yang lain


Tulisan Ku,
Hanya tentang Aku dan Kamu
Bukan yang lain


Aku dan Kamu
Segenap asa dan mimpi
Kita goreskan dalam lembar cerita


Ya…
Aku dan Kamu


Sampai bila  bertahan?
Ketika semakin banyak yang menatap heran
Dan semakin banyak pertanyaan


Sampai bila bertahan?
Ditengah kesinisan sekitar
Bahkan cacian dan ketidakpercayaan

pasukan bola sepak Selangor Darul Ehsan...

Tapi aku yakin,
Aku dan Kamu
Akan terus bertahan....


Sunday 11 September 2011

sahabat penuh cinta... 0_o.


assalamualaikum....
tadi tgh dok kemas2 umah  jumpa fail yg menyimpan nukilan2 lama sewaktu study dulu...
mesti kawan2 nak tau kan nukilan @entry apa???
tetap berkisar tentang sahabat...
selamat menghayati....



Aku tidak  mengerti, mengapa pisau tajam itu
Kau lempar ke arahku,
Aku juga tidak mengerti, mengapa kayu penuh
Bara itu kau pukulkan ke tubuhku


Mungkinkah kerana kata-kataku tadi?
Hingga menyinggung hatimu?
Baiklah, aku yang bersalah
Tapi, akankah kau tetap menatapku

Dengan kekecawaan yang penuh amarah?

Aku sedar, jalan ini memang tidak semudah yang kita jangka..
Kala ku ungkapkan perasaanku yang penuh cinta
Cinta, ya hanya itu yang aku harapkan
sweet memories 2008...
Bukannya amarah yang ku pinta


Namun aku sedar,
satu yang buatku tegar
Cinta itu tak harus miliki,

Persahabatan.....

Ya itulah yang benar
Kerana  persahabatanlah,
yang nantinya akan
Menimbulkan rasa cinta dan
Sayang yang sesungguhnya

Kerana  Sahabat Itu Penuh Cinta.....

*persahabatan yang akrab tidak  akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian*

Thursday 8 September 2011

janji melayu...0_o.


Saat mentari menampakkan kelibatnya,
Saat burung berterbangan meninggalkan sarangnya,
Saat keluar ditemani minit dan jamnya,
Saat ini janji bermula,

Mawar Dipegang mula melayu,
Janji ditepati yang tinggal hanya tunggu,
Kehadiranmu lewat umpama berminggu,
Itulah istilah Janji Melayu,

Melayu berjanji menepati hari,
Menepati jam jauh sekali,
Disaat perlu ditunggu mula menunggu,
Menunjukkan janji melayu sedang berlaku,
Jam 10 berjanji
15 minit selepas itu
Muka tak nampak,Bayang pun tak berlalu
Kelibatmu masih ditunggu,

Sifat itu sinonim denganmu,
Sifat utama sifat melayu,
Wahai bangsaku wahai dengarlah,
Hentikan sifat buruk ini janganlah,
Berterusan begini kerana buruknya,

Hilang hormat....
Hilang kemajuan....
Hilang kejayaannya.....


*Puisi ini ditulis  ketika anak langkawi  didalam dilema dan berasa malu kerana sifat ini melekat dengan jiwa melayu
Janji melayu mula sebati sehingga melayu dikira kaum yang suka memungkiri janji
Walaupun hadir untuk menepati janji,waktu berjanji sudahpun diingkari*

Saturday 3 September 2011

biduk berlalu kiambang bertaut...0_o.


terbang burung terbang,
terbang tinggi di awan,
di mana kasihnya sayang,
tersangkut di hati perawan.

Hmmmm...
leka mendengar puisi remaja,
yang sedang asyik, kemaruk cinta,
hingga fikiran jadi buntu,
lalu menyapa menung
dalam helaian rambut dihembus sepoi-sepoi bahasa,
tenang rasanya mendengar irama mergastua
dan nyanyian ombak menghenpas pantai,

namun,
tidak setenang hati ini 
yang masih lagi bergelora dilanda tsunami,
mahu berpaut ditepian sampan,
akan tetapi takut sama-sama karam dilautan.

Dengan kasih ibu dan bapa,
datang satu kelahiran,
semua telah dijanjikan,
minit, jam, hari, bulan, tahun....

Datang mengisi ruang dunia nyata,
menambah bilangan penduduknya,
dalam tangis, dan senyum tawa,
menuju kedewasaan.

Masa-masa membawa perubahan,
kekadang disedari, kekadang tidak,
tapi... itulah dia,
usia kian bertambah,
seiring masa yang berlalu,
kerana usia itu sendiri diukur dengan masa.
dan masa di sini telah ditetapkan,

ibarat sebatang lilin yang dinyalakan,
ia akan semakin pendek
bila semakin lama bernyala,
dan bila sampai dipenghujung sumbunya,
padamlah nyalaannya,

biarpun lilin masih bersisa.

*dari pena menari....
tercetus warkah idea...dalam mencari mimpi
akan tertulis realiti...*
aliesya maisara a.k.a anak langkawi...