selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Friday 21 October 2011

pasukanku...0_o.


pasukanku....
semua orang tahu hari2 yg kau  lalui sekarang pasti perit...
setiap kenangan yg pernah kau dan kami lalui
akan sentiasa bermain2 di ingatan..
aku harap kau  sabar..

pasukan ku...
mencipta misi  tidak semestinya memiliki…
kita akan sentiasa mendoakannya 
walau pun kau gagal tapi kau telah berusaha mengapainya...
semua orang tahu, memang sukar untuk mengapai impian.. 

tapi pasukanku....
kenangan akan hilang bersama masa..
kenangan  akan hidup bersama dgn waktu..
pabila waktu itu terhenti....
dan kenangan adalah hal yg terindah..
yg pernah dialami sewaktu bersamanya..

percayalah,disebalik kekecewaan masa lalu...
pasti ada hikmahnya..
yakinlah pasukanku...

pasukanku....
sedarilah hidup ini pergi bersama sejarahnya..
Sejarah yang telah berlalu tidak perlu diulangi..
Biarkan ia kekal sebagai sejarah..
yg boleh dipelajari apa-apa teladan dan pengalaman daripadanya..
Besok yg bakal dihadapi..
lebih perlu untuk dibina bersama besarnya tekad dan tingginya azam..

ikhlas daripada diriku untuk pasukan kesayanganku GERGASI MERAH....(THE RED GIANTS)

Sunday 16 October 2011

meh belajaq sama ...0_o.


Ok ! Hari ini anak langkawi  teringat zaman2 dulu time berjanji konon2 nak  merealisasikan harapan mak  anak langkawi  nk tgk anak dia jadi seorang cikgu. Eventhough, dulu time kecik-kecik anak langkawi  tgk pekerjaan cikgu ni la yang paling best. Pagi pergi sekolah, duduk dalam bilik air-cond, then p kelas mengajar, xde kelas dok mengumpat dgn bergossip dlm bilik guru, kalau boring mula la p kantin lepak-lepak minum, lastly dh cukup time loceng bunyi balik la. Simple kn? Sorry ok pada bakal-bakal cikgu. Anak langkawi  tulis berdasarkan pemerhatian anak langkawi . No tacing-tacing ok. Peace !


**********


Hari ini anak langkawi  nak ajak hampa semua mengenali  bahasa negeri anak langkawi bahasa Kedah. Anak langkawi org kedah tau, Langkawi  mai nuhhh. Anak langkawi  bukan apa,  tgk kawan-kawan anak langkawi  dkt ofis  tu suma dok kalut nk belajaq bahasa Kedah. Sampai tergolek-golek aku gelak degaq depa ckp. Dh mcm bunyi ayam mengeram telur dh. Ok, forget bout that ! Seperti biasa, mcm bahasa lain dkt dunia neh, before hampa semua belajaq dgn lebih mendalam anak langkawi nk introduce bak kata omputih, beberapa contoh vocabulary org Kedah.


air = ayaq
dahaga air = lapaq ayaq
beritahu/bagi tau = habaq
basikal = beskat/gheghek(gerek)
cuai/clumsy = cemerkap (cemeghekap)
tidur = tidoq
tidoq tak jeghap = tidor tak puas
saya = Chek
awak = hangpa
kamu = hang
mereka = depa/lepa ('e' adalah pronouns dlm ekor)
yang = hat
tension = sakit pala

**********
kicap=toyu
pondan=darai
air kumbah= ayaq acaq
pukul=tibai
lagu ni = 'macam ni'
segan = malas
gila/tak betui = loqlaq
eksyen/megah = ciwi
kelam kabut = kalut
conteng = coghiang
sawah = bendang
jalan tat = jalan tar
kekwat = kerek = sombong...berlagak
Gemuk = Topui
pergi=pi=gi
pasai pa=gena
manja=merap
ceruk=lachuk
bosan=cemuih
menyebai = merajuk
nalanya jauh = jauh sangat...
tertomoih = jatuh tersembam
tat sat = sebentar tadi
Serlum = pakai ?.eg: serlum kasut, serlum" stoking, serlum" baju
dan = sempat
tak dan dan = tak sempat sempat
nyok = nyiur = kelapa
hawin = lempaq/lempar
tauk = buang


Ok. Anak langkawi  rasa cukup kot takat tu hari ini. Next time cikgu ajaq hampa lagi nohh. Boleh la kalau hampa nak prektis dgn kwn-kwn hampa ka. Boleh eksyen ckit dgn depa. Sebelum tu layan video neh dulu,





 P/S: Anak langkawi  rasa bahasa Kedah atau bahasa utara neh kalau nk cakap lidah kena keras dan bahasa neh agak kasaq ckit. So, please dont try this at home.

Saturday 15 October 2011

perasaan di sebuah malam... 0_o.


Lelah aku bersandar
di sudut kamar yang memudar
seolah aku tak sedar
tapi sungguh ini memang benar



fikirku seolah tidak ada
jari-jemari hanya diam sahaja
tidak seperti biasanya
menari bercerita penuh warna

Kini aku terus  mencuba
mengusir duka lara

Berharap usir rasa benci
benci yang saja hadirkan emosi

Apa yang harus aku lakukan
menikmati malam penuh nikmat
menjauh dari jenuh yang berkarat

Selanjutnya aku bercerita lagi…

Kutuang secangkir kopi
meresap aroma pada hati
biarlah meski sampai larut pagi
menikmatinya sampai disapa sang mentari

Juga kuputar sebuah lagu
lagu yang temani setia malamku
bagai pada ombak yang menderu
menderu diriku yang pemalu
cantiknya suasana malam...

Ini puisiku seperti nyawa
meski terlihat hanya biasa
kusebut ini luarbiasa
luarbiasa...

tentang hati... 0_o.


nak bagi intro takde idea....
baca dan hayati jela....>.

sabda kasih penyejukk nyawa...
berikrar di tengah keterpurukan...
menjadi rasa di antara denyut kepiluan...
tasbih illahi menjadi pengubat hati...


Kalam Ar-Rahman pembangkit kasih..
menghapus keterlenaan budi...
menjadi gelora di antara dahaga suka..
Elusan Illahi menjadi penumpang hati...


Seruan Al-Qudus penyuci jiwa,,,
menjadi penawar di antara nafas kedengkian...
merabuk tanaman kebencian...
melimpah ruah lautan ketulusan...




Ketika Tuhan memenggilmu dengan kasihNYA,,,
Apakah hatimu bergerak merengkuh kesejukan??
bila suatu saat malaikat tuhan mengepakkan sayap-sayap ketaatannya,,
semoga saat itu hati yang keras tengah menjadi lembut...
kerana  saat itu tuhan telah membatas waktumu...
"berjuta keindahan tidak mampu melebihi keindahanya,
kerana keberadaanya lebih dari indah"

Saturday 8 October 2011

Duhai hujan...0_o.


Hujan lebat,
Ada yang memilih menikmati,
Mengagumi, membiarkan diri
Beristirahat sejenak dari hiruk pikuk dunia.
Ada juga yang marah kerana  aktivitinya terhenti.
Terputus dari sesuatu yang disebut dengan peradaban,

Sebagian merasa takut,
Merasa hujan seperti badai yang menghampiri
Seluruh hidupnya.
Kadang seseorang merasakan ketiganya…

Tetapi petang  ini,
Entah mengapa hujan menjadi punya makna,
Selalu ada pelangi setelah hujan,
Awan selalu kembali cerah,
Anak kecil  sehinggalah para
Pekerja kembali memenuhi jalanan.
Hujan ternyata bukan untuk selamanya,
Kadang memang panjang,
Kadang teramat panjang.
Tapi semua itu kembali normal,
Masih ada kehidupan setelah hujan…

Masalah itu ibarat hujan,
Betapa pun berat,
Betapa pun sakit,
Menyesakan,
Membuat mual dan ingin muntah.

Suatu hari…
Pasti akan berakhir
Bersabar, menunggu, mungkin merenung.
Sambil menanti hujan reda,
Tidak perlu menembus derasnya hujan,
MEmbiarkan diri bertambah sakit
Atau basah kuyup.


Sedikit lagi….
Matahari akan kembali bersinar.
Sedikit lagi…
Keceriaan akan kembali mengisi hari.
Sedikit lagi…
semuanya akan kembali seperti sedia kala,
percayalah....

Thursday 6 October 2011

buat sahabat seperjuangan..0_o.


Ingatlah sahabat…
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah, 
Serpih demi serpih ia punah, 
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.

Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,

Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.

Sahabatku.. 
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.

Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, 
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.

Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku.. 
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah, 
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah......


Monday 3 October 2011

aku dan kalian dalam kenangan... 0_o.


Masihkah ada sekilas  ingatan dalam hatimu..???
Ingatan yang tercipta di kala kita bersama dahulu..
Kenangan akan kisah persahabatan..
Yang kini mulai Ku rindukannya..

Saat-saat ketika kita lalui bersama..
Ada suka,ada duka..
Dan gelak  tawa penghias hari kita..

Lelah tak akan bererti bagi Ku..

Kerana  kebersamaan kita hapuskan semuanya..
Yang tersisa hanyalah cinta dan kasih..
Mungkinkah akan Ku temukan kembali..???
Masa-masa indah ini..

Tak pernah Ku biarkan..

Ombak menghapus kenangan kita..
Meski buih-buih kecil itu telah lampaui masa..
Namun,semua kenangan kita akan menjadi separuh nyawa Ku..

Dan menjadi bahagian dari hidup Kita..

Dan Ku yakin,suatu saat akan kau dapatkan..
Jalanmu untuk hidupmu..

Namun,berjanjilah kepada Ku..
Kalian semua tak akan melupakan Aku..
Ataupun semua kenangan kita..

dari aku....