selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Friday 22 July 2011

citra mawar... 0_o.

assalamualaikum kawan2 semua...lama jugak rasanya tak post ape2 di ruangan ni...
ramai yg bertanya...jadi saya sisipkan sesuatu untuk kalian semua...


Sinaran mentari membicarakan kata,
Awan mula menunjukkan rupa,
Angin menghembus sayu terasa,
Pohon melambai dengan penuh makna...

Kebunan bunga membuahkan harumannya,
Kelopaknya menarik culasan mata,
Dipandang dengan kesyukuran di jiwa,
Mawar yang indah dibangga...

wanita umpama mawar,
Citra mawar membahaskan beribu makna,
Lestarikan ia dalam diri kita,
Kerana ia bunga terjaga...

Mawar,
Di sisinya di sisipkan duri,
Terluka di tangan menyakitkan diri,
Bunganya perlu dijaga rapi,
Pasti mekar mewangi...

Mawar,
Citra warna mu beraneka,
Menjadi kegilaan manusia dunia,
Harum wangi mu mekar terasa,
Menusuk kalbu membuah cinta.

Mawar,
Ku titipkan kisah wanita,
Moga diri mu menjadi hiasan cinta,
Cinta kepada Yaang Maha Esa,
Keutamaan buat jiwa manusia...

Wanita,
Ku lihat diri mu dalam diri ku,
Duri mawar menjadi hiasan bersama,
Moga terhindar dari tanagn dunia,
jauh dari titi noda dan dosa...

Wanita,
Ketahui diri mu kebanggaan sezaman,
Penggugah dunia ketenangan,
Penyejuk insan yang bergelar suami tersayang,
Itu landasan cinta berkah AR-RAHMAN...

Wanita,
Dulu citra mu tersembunyi,
Dijaga rapi bak mawar berduri,
Kini, ke mana ia pergi???
Segalanya bertaburan di tepi...

Wanita,
Sebersih hati MARIAM,
Seteguh sekental keberanian HAJAR,
Secantik semanis kisah ZULAIKHA,
Sepenuh kasih jiwa FATIMAH,
Sedermawan merimbun hati KHADIJAH,
Citra mawar penuh dengan makna...

Friday 15 July 2011

kawan...aku sepi.. 0_o.

hari itu aku sepi...
semalam aku sepi...
hari ni aku sepi...
besok lusa
aku tahu aku akan sepi...

mungkin memang dah ditakdirkan
aku sepi selamanya...

tiada kawan penghibur hati
tiada kawan penyeri sepi
tiada tempat mengadu nasib

namun aku tabah
sudah dua kali
perempuan yang ku anggap
bagaikan kawan yang boleh dipercayai

cuma lakonan yg hebat semata-mata
siapa tahu...
andai kita menganggap dia kawan terbaik untuk kita
tetapi rupanya kita dianggap saingan hebat untuknya

sudah lah....
beberapa kali
aku ini telah membodohkan diri
mencari-cari  meminta maaf
di atas kesalahan yang tak diketahui

ku buang segala ego
ku malukan diri sndiri
cuma untuk mempertahankan sebuah persahabatan

namun persahabatanku selalu ibarat cuaca
kadang hujan lebat
kadang renyai-renyai
kadang mendung
kadang panas terik

aku siapkan payung bila hujan
aku siap tiupkan angin kala panas

letih menyelubungi diri
terasa diri tak bermaya
kering air mata
memikirkan tanpa henti

cemburu melihat orang lain bergambar dengan sahabat baik
cemburu mendengar org lain keluar dengan sahabat baik
cemburu membuak-buak  menyaksikan perbualan sahabat baik

kini....
sepi ku anggap biarlah sepi
aku dah terbiasa
aku dah rasa lega

aku masih punya kawan
kawan yang boleh dijadikan tawa
tawa dalam gembira

namun adakah mereka akan wujud
kala aku sedang merundum sepi?
aku masih membiarkan masa menguji mereka

walau bagaimanapun aku  sentiasa sudi
menjadi penyokong andai ade kawan yang sedang jatuh

sepi ku biarkan sepi...
ku biarkan menjadi makanan harian
ku biarkan menjadi pelengkap hidup
hinggalah

ade yang ikhlas dtg
mengukir senyuman di wajah ku
amin.......

Thursday 14 July 2011

ibu... 0_o.

assalamualaikum  kawan2 semua....
nurkilan ni  di cipta selepas dapat panggilan telefon dari emak di kampung...
semakin dekat waktu untuk pulang  semakin rindu rasanya....
selamat menghayati....

Ibu…
Kini aku tahu
Kesabaranmu...
Ketabahanmu...
Kecintaanmu...

Ibu…
Kini aku rindu
Masakkanmu...
Senyumanmu...
Belaianmu...

Ibu…
Aku tak akan lupa
Kebaikkanmu...
Jasamu...
Nasihatmu...

Ibu…
Ternyata kau adalah segalanya bagiku
Kuharap kasihmu
abadi selama-lamanya untukku...

Saturday 9 July 2011

merekalah sahabat anda.. 0_o.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri...

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi
persahabatan sejati boleh mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya...


Persahabatan tidak terjalin secara otomatis tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi,
demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..


Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman
suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan -
dikecewakan, didengar - diabaikan,
dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..


Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk
menghindari perselisihan, justru kerana  kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.


Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha
pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan
mewujudkan apa yang diperlukan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang di mulai dengan sikap egoistis.


Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya.
Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.


Ingatkah anda bilakah kali terakhir anda berada dalam kesulitan.??? Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda disaat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda  di saat anda tidak boleh memberikan apa-apa...???

MEREKALAH SAHABAT ANDA


Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda
dengan mereka.

Friday 8 July 2011

Rindu... 0_o.

Rindu
Dikau datang lagi..
Menyapa segenap sanubari Dikala sepi mencengkam diri

RINDU
Apakah yg dikau cari..
Mengapa sering menghimpit hati

 RINDU
 Tidakku tahu keperluanmu..
 Bijak mencuri lakaran perasaanku

RINDU
Kesungguhan darimu..
Dalam meniti layar hatiku
Membuaiku bagai ombak lalu

RINDU
Ku ingin tahu..
Adakah benar dikau
bakal pelengkap indah citra hidupku
Atau.....

Dikau hanyalah bayangan luka gurisan kalbu
RINDU
Kepastian tetap aku nanti..
Biarpun menanti di hujung hari

Thursday 7 July 2011

bukan budaya kita.. 0_o.

assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan2 semua.....
dalam tgh2 boring tadi sempat jugak siapkan satu  entri  yang agak panas bagi yang terasa bahangnya...
ape2 pun saya juga ade hak untuk bersuara....yg panas tu mintak la sape2 untuk di kipaskan.....
huhuhuhuhuh...selamat membaca dan cuba berfikir secara positif...



Banyak acuan-acuan dari negara dan daerah benua lain yang telah warga kita cetak sebagai cara hidup dan gaya personaliti diri. Banyak  orang-orang kita meniru dan cuba menjadi seperti orang lain.
Tidak ada salahnya untuk revolusi diri andai itu perkara yang baik. Suka untuk disentuh berhubung pakaian kaum wanita dewasa kini.
Pakaian tidak cukup benang   BUKAN BUDAYA KITA…

Terlalu ramai penghuni Bima Sakti dari golongan feminin yang mula berani mengurangi benang dari tubuh mereka. Suasana ini sangat meluas di daerah benua terpisah dari kita namun semakin merebak hingga ke depan mata kita. Atas dasar ukuran apa yang kaum hawa fikirkan sebenarnya? Setiap keindahan khusus buat yang bergelar suami, ditatapi juga oleh maskulin-maskulin asing. Di mana sebenarnya letak akal kita?

Ada baiknya kita memahami bahawa apa yang kita miliki sebagai lambang kewanitaan, dengan mudah membuatkan 9 akal kaum adam tunduk pada 1 nafsunya. Maka dari sudut manakah nilai diri kita tampilkan? Pernahkah kita fikir, penciptaan indah diri kita, sebagai perhiasan dunia yang paling cantik hanya sebagai penggugat iman lelaki?

Iman suatu kata yang singkat tetapi dalam maksudnya sebagaimana peranannya sebagai benteng diri seseorang, Iman juga merupakan sub tiket kelayakan untuk ke syurga yang damai. Dan dengan kelebihan yang diberi, kita sewenangnya menyalahgunankannya. Nah, harus difikir….
Sebaiknya kita simpan khazanah berharga yang penuh rahsia keindahan, khusus buat yang selayaknya, insan mulia dan halal bergelar suami….

Tiada ruginya kita berbangga dengan budaya kita.
Tiada ruginya kita berpakaian sopan apalagi menutup aurat.
Nilai harga bagi keindahan yang tertutup dan terpelihara jauh lebih mahal dan dihargai berbanding yang terdedah dan terbuka….

                                                 KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA......

SESUNGGUHNYA DUNIA ITU HANYALAH  KEINDAHAN SEMATA-MATA...
DAN SEBAIK KEINDAHANYA ADALAH' WANITA SOLEHAH...'
RIWAYAT  MUSLIM..... 

Monday 4 July 2011

indahnya sang pelangi... 0_o.

Hening Pagi...
Mentari mencari sinar...
Gerimis menitis lesu..
Di kaki langit..
Indahnya pelangi menjelma...
Munculnya warna warni
Sungguh cantik sungguh indah....

Pelangi itu....
Menjelma seketika
Mewarnai alam maya...
Bagai sekeping hati...
Terpancar sinar harapan...
Hanya seketika...
Mengharap sinar ke penghujung

Indahnya pelangi...
Tiada bandingan tiada tandingan
Agungnya ciptaan ilahi
Agungnya kebesaran ilahi
Kita...
Hanya sementara singgah...
Di bumi ciptaan ilahi...



Seindah pelangi itu...
Bersediakah jiwa ini...
Bersediakah sekeping hati ini...
Meniti arus pancaroba..
Yang mewarnai hidup ini...
Mungkinkah hadirnya....
Seindah pelangi.....

Friday 1 July 2011

nikmat tuhan yang kau dustakan... 0_o.

Ya Tuhan..
maaf kerana kerap
kali mengkufuri nikmatmu.
Walau tanpa sedar,

Aku terus menerus mengkufurinya..
Walau sudah diperingatkan,
Namunku tetap melakukannya..
Lumrah aku sebagai manusia,
Yang ingin lebih dari apa yang Kau beri..

Walaupun ku tahu..
Ku tidak mampu memilikinya,
Kerana itu bukan yang terbaik untukku.
Aku tahu semua itu,
Namunku tetap menginginkannya..

Ya Tuhan,maaf kerana kerap
kali mengkufuri nikmatMu..

Fabi aiyi alaa irabbikuma tukazziban..
Setiap kali ku melakukannya..
Ku cuba pujuk diriku dengan ayat itu,
Walau pahit ku menyebutnya..
Keranaku tahu..
Itulah yang terbaik untukku..

Ya Tuhan,

Terima kasih kerana menyedarkanku..
Supaya aku bukanlah tergolong
daripada golongan itu..
Fabi aiyi alaa irabbikuma tukazziban..
Maka nikmat tuhanmu yang
manakah kau dustakan?

Tepuk hatimu,tanya imanmu…