selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Wednesday 30 November 2011

kata-kata cinta....0_o.

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam.
Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?

Karena Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai.
Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”.
Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”


Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.
Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.
Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.
Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .
Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.


"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat" ~Hamka~


Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu.
Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


Allah ciptakan 100 bahagian kasih sayang.
99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia.
Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.


Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti.
Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah dasyatnya cinta!
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.
Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.


"Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci.
Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.
Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."~ Hamka~


Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu, dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Allah yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.
Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.
Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.


Bercinta memang mudah.
Untuk dicintai juga memang mudah.
Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

ya Allah....
jika aku ditakdirkan jatuh cinta....
cintakanlah aku pada  seseorang...
yang melabuhkan cintanya padaMU....
Amin.....

Sunday 27 November 2011

tewaskah kita...0_o.

Sesungguhnya dalam hidup kita tidak akan menang dalam semua hal : sesekali kita akan di'kalah'kan oleh diri sendiri. Kita akan dikalahkan oleh diri sendiri bila kita mengiakan yang kita kalah. Yang menjerumus diri kita dalam permainan yang kita cipta sendiri. 

Dunia orang kalah.
Kita berhak menyatakan apa sahaja : sesungguhnya dunia ini tidak pernah mahu berhenti : malah mungkin tidak mahu bersimpati langsung kepada kita..

Dan begitulah seterusnya kita. Kita berhak menuding kepada persekitaran yang tidak sepatutnya memperlakukan kita sehingga kita kalah.
Adakah betul kita kalah....???
permainan  ini masih adil dengan percaturan demi percaturan. 
Cuma kita terkadang alpa dengan permainan  kita sendiri. 
Persetankan segala punca yg di'ada'kan - jalannya harus di hadapan.

Kita akan terus dikalahkan seandainya kita mengalah. 
pertembungan  ini adalah selingkar cerita yang kita pilih dan seharusnya 
kita bertanggungjawab terhadap pilihan kita. 
Membiarkan diri terus terusan mencipta
cerita..... 
akan membenarkan segala hukum ' orang orang kalah '.

Hari ini.Kalian tidak kalah.
Kalian  adalah  pemenang yang ditunda kemenangannya.

Moral yang ingin aku katakan ialah: 
kadang2 ada suaranya yang begini
TERIMA KASIH KERANA KITA DI GAGALKAN
terima kasih kerana kita  dipayahkan
terima kasih kerana kita  ' di gelapkan ' seketika....

PADA AKU 
kehidupan ini hanya satu pusingan.
kita mendapat apa yang kita telah ' bayar '
untuk mendapat apa seterusnya
ADA HARGANYA.......

INGATLAH ANAK HARIMAU...
MASA DEPANMU TERBENTANG LUAS....JANGAN SESEKALI MENGAKU KALAH...
ikhlas dari diriku.... anak langkawi....

Friday 25 November 2011

duhai sahabat...0_o.

assalamualaikum kawan2 semua....
lama juga rasanya tak hasilkan nukilan disini..
untuk menghilangkan rindu pada kalian yg bergelar sahabat 
saya titipkan nukilan ini khas untuk kalian...

Sahabat....
sungguh aku bersyukur dipertemukan denganmu...
punya nama yang hampir sama...
di lahirkan pada selang hari yang dekat...

walau hanya sebentar perkenalan itu...
tapi ukhwah yang tersimpul begitu kuat...
naluri kita bertaut....

bagaikan sudah bertahun aku mengenalimu...
boleh berkongsi pelbagai cerita...
walau jasad kita terpisah jauh..
namun ukhwah ini begitu mendekatkan...

siraturrahim kita semakin kuat...
saat hati kau terluka...
aku di sini turut merasainya...
saat kau ketawa gembira...
aku juga merasai bahagia...
gelak tawa nangis hiba kita kongsi bersama....

kita saling ingat mengingatkan...
kita saling mentarbiyah diri...
yang betul di sokong....
yang salah di tegur....
indah anugerah PERSAHABATAN ini...

bersama-sama mencari cinta Ya Rabb...
bersama-sama dahagakan hidayah Ya Muhaimin...
bersama-sama mendambakan syurga abadi Ya Rabbul Izzati...

Subhanallah....
indahnya pertemuan ini....
hilang segala gundah di hati....
hadir ketenangan yang di cari....
Syukur Ya Allah atas kurniaan tidak ternilai ini...
insan bernama SAHABAT....

~~UKHWAH FILLAH~~

Saturday 5 November 2011

aidil adha 0_o.

lembu termenung mencari ilham,
korban diwakili zaquan adha,

allahuakbar walillahilham
selamat hari raya aidil adha..



-jadikan perkara-perkara yang dahulu dan pengalaman,yang tidak baik menjadi baik....dan yang baik di jadikan lebih baik...mulakan azam dan hidup baru untuk kejayaan dan kebaikan diri sendiri di dunia dan akhirat-

salam aidil adha dari anak langkawi untuk semua......