selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Friday 13 April 2012

Lukisan Yang Belum Sempurna...0_o.


salam...dan salam sejahtera untuk kawan2 sekalian....
lama rasanya nak post nukilan kat sini...maafkan saya,ada urusan yg penting yg harus saya uruskan dulu....
ini saya sisipkan nukilan untuk kalian.....
maafkan saya sekali lagi pada yg lama menanti.....


Bilaku genggam pena hidupku,
Bila ku hampar lembaran putihku,
Inginku lukis satu persatu,
Wajah tersenyum hati berlagu,
Warna-warni mengalir laju,
Berlumba-lumba mengisi sempadan,
Bak air turun tatkala hujan,
Terselit pelangi di celah sinaran.

Bila saja pena melayang,
Bila putih terus menghilang,
Hanya warna mengisi ruang,
Baruku sedar banyak yang kurang,
Tidak seperti apa dirancang,
Tidak seperti apa dipandang,
Warna dipinta hitam yang datang,
Terasa ingin saja lukisanku buang.

Bilaku hampar lembaran yang baru,
Lukisan lama kerap menghantuiku,
Bilaku lukis keindahan alam,
Terasa diriku hampir tenggelam,
Bilaku pilih warna yang riang,
Semua bertukar menjadi arang,
Bilaku koyak lukisan ini,
Terasa hanya menipu diri.

Dimana lagi harusku berdiri,
Agar diri tidak lagi sunyi,
Dimana lagi harusku berlari,
Agar bahgia sering menemani,
Dimana lagi harusku mencari,
Agar kasih tenang di hati.

Tiada lukisan tanpa gambaran,
Tiada soalan tanpa jawapan,
Tiada arah tanpa tujuan,
Selagi hayat dikandung badan,
Akanku tagih sinar harapan,
Agar lukisan ini dapatku sempurnakan.

di satu ketika...0_o.


Di satu ketika…
 Saat kau melirik tersenyum ke arahku
 Di saat itu jua…
 Aku terkaku lemah bicara membalasmu

 Di satu ketika…
 Saat kau mengukir nota di pohon asmara
 Di saat itu jua…
 Aku terpanah dengan ukiran ceritera

 Di satu ketika…
 Saat kau bicarakan janji setia bersamaku
 Di saat itu jua…
 Aku terbuai dalam mimpi-mimpi khayalanmu

 Namun…tiada lagi di satu ketika
 Kau berpaling menapak bersama dustamu
 Di saat ini jua…
 Aku hanya menghitung sisa-sisa ceriteramu

 Dan ketika ini…
 Tiada lagi lirikanmu ke arahku
 Di saat ini jua…
 Aku tersedar dari mimpi-mimpi kosongmu

 Sesungguhnya kini…
Aku mengerti jalan takdir cintaku
Kini
Aku terima kehendak hakikiku
Dan kini…
Aku bahagia meniti arus hidupku...

apakah tidak mungkin...0_o.


apakah tidak mungkin
berkemungkinan ia ada
juga ada mungkin hanya kerana wujud
suatu kemungkinan yang terjadi
namun segalanya mungkin...

mungkinkah...
yang tersisa pada sebuah persoalan
jawapan hanya sekadar kemungkinan
keresahan kekalutan jadi mungkin
aduh aduh... aku tidak tahu
hanya berkemungkinan

andai semuanya mungkin
terjadi setelah berlalu
mungkin itu sajalah yang tinggal
tercari lagi pada ilham
yang tak mungkin hadir
oh tidak mungkin...

semua sudah pergi
terhapus tapi membekas
mungkinkah lagi
ooh mungkin tidak...

Thursday 1 March 2012

detik yang berlalu...0_o.


setiap hari detik waktu berlalu,
biarlah ia pergi membawa sejuta harapan,
yang tinggalnya lagi apa yang dihadapan,
itulah yang perlu dipandang.

yang berlalu tetapkan berlalu,
jangan diimpi untuk berulang kembali,
biarlah ia menjadi memori yang kekal abadi,
tersemat indah disanubari.

inilah perjalanan hidup yang bernama insan,
warna warni hidup membuka dimensi,
yang sekian lama alpa dan leka,
inilah jalan inilah pilihanku.

selama mana kita teguh dengan janji,
yang dulu pernah kita metrai,
selama itulah kita tetap bersama,
ibarat satu ruh dalam dua jasad.

apapun hidup tetap perlu diteruskan,
terus mengapai apa yang dihadapan,
bukannya yang berlalu itu menjadi ukuran,
kerana yang lepas itu adalah pedoman.

namun jangan pernah sekali dilupai,
memori yang membentuk kita hari ini,
siapa kita sebelum kejayaan hadir,
tiada dahulu tiadalah sekarang.

paling penting cukup doa menjadi pengiring,
sebagai bekal meniti jalan ini,
mudah-mudahan itulah saksi paling berharga,
bukti yang kita pernah bersama,
mengharungi "detik yang berlalu".

salah siapa..??0_o.


asslamualaikum...saya ada berjalan-jalan di blog,, atau dalam bahasa orang putih kita panggil sbg blogwalking.. then,, saya ada terjumpa something yang saya seronok sangat nak kongsi ngan korang semua.. saya dah tulis pasal benda ni kat facebook dulu ingat tak??,, and believe it or not,, ramai gak yang baru tahu pasal "benda" tu mcm saya.. hahaha... ok,, saya tak nak buat korang tertanya-tanya,, so kalau nak tahu apakah "benda" itu,, boleh la tengok gambar kat atas ni coz gmbar ni adalah Hint kepada 'benda' tu,, atau korang sambung je baca entri ni.. o.O/


sepanjang kita belajar kat muka bumi ni samada di masjid, di sekolah, di pondok or di mana-mana sahaja,, pasti setiap apa yang diajar oleh pendidik kita akan disertakan dengan penerangan dan ulasan bagi memudahkan kita untuk memahami apa yang diajar itu..  tapi,, ada jugak kadang2 cikgu kita tak mampu nak bagi penerangan dengan jelas dan kukuh kerana cikgu juga manusia yang dalam proses belajar... sebagai contoh,, peribahasa yang kita selalu guna iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi"..
cikgu korang pernah jelaskan kenapa dan bagaimana pagar boleh makan padi?? hmmm... cikgu saya tak pernah terangkan pasal benda ni,, tapi kawan saya pernah cerita yang cikgu dia pernah terang kat kelas dia macam ni;

"pesawah buat pagar cantik2 untuk jaga padi,, akhirnya,, pagar tu plak yang roboh dan rosakkan padi tu"

menarik betul cikgu  ni kan??.. heheheh.. saya kadang2 tersenyum sorang2 kalau ingat pasal   cerita ni.. o.O/ , saya memang dari dulu lagi fikir,, macam mana lah pagar ni boleh makan padi.. dan,, saya juga tak pernah nampak pun orang bina pagar kat sawah padi.. pelik-pelik...uhuhuh


tapi,, akhirnya permasalah ini terjawab juga.. sebenarnya,, telah berlaku kesilapan ketika menterjemahkan peribahasa ini dari jawi ke rumi oleh orang dulu-dulu... sepatutnya,, peribahasa ini berbunyi macam ni,,

"harapkan PEGAR, PEGAR makan padi"

ok,, pegar itu ialah sejenis burung yang banyak terdapat di asia terutamanya di India... 

                                                          saya PEGAR,, bukan PAGAR!!!

burung pegar ni suka terbang di padang atau kawasan tanaman seperti sawah padi...  saiz burung ni agak besar iaitu panjangnya kira 50 cm,, dan boleh mencapai sehingga 90 cm!!! huiyooo...

dan ada satu lagi perbihasa yang selalu kita guna tapi sebenarnya salah,, iaitu "melepaskan BATUK di tangga".. haha.. saya tak paham,, kenapalah kalau kita batuk kat tangga,, itu bermakna kita telah melakukan kerja separuh jalan.. tak masuk akal bukan?? ini sebenarnya kerana,, peribahasa tersebut spatutnya berbunyi"melepaskan BATOK di tangga"

                                                    saya lah si BATOK.. lalala~~ ♪♪♪


batok ni adalah satu alat yang digunakan untuk menceduk air dari tempayan sebagai air basuhan kaki sebelum naik rumah.. orang dulu-dulu kan rumah tinggi-tinggi,, so mesti ada tangga kat depan rumah mereka.. mcam rumah kat bawah ni..



jadi,, logik lah kalau batuk tu sepatunya BATOK,, then barulah sesuai dengan maksud peribahasa tu... hmmm.. dah pandai guna BATOK untuk basuh kaki,, so pandai-pandailah letak semula dalam tempayan tu.. 

menarik kan?? saya rasa,, dari kesalahan-kesalahan peribahasa ni,, sepatutnya diciptakan satu peribahasa yang baru iaitu..

"Pegar buat durjana,, Pagar dapat nama"
pegar buat durjana makan padi,, tapi pagar yg dipersalahkan


"bagai manusia lepaskan batok"
tak mengenang budi.. batok tolong basuh kaki,, tapi ditinggalkan macam tu je...

 terima kasih....

Thursday 23 February 2012

kejamkah aku...0_o.


Kejamkah aku?
Andai ku ingin lihat dia menitiskan air mata..
Seperti mana aku pernah menangis kerana dia..

Kejamkah aku?
Andai aku ingin lihat dia rasa kecewa.. 
Seperti mana aku pernah kecewa kerana dirinya..

Kejamkah aku?
Andai aku ingin menyedarkan dirinya.. 
Seperti mana aku disedarkan oleh kata-kata dustanya..

Kejamkah aku?
Kiranya aku meninggalkan dirinya dalam terluka..
Seperti mana aku dilukai oleh dirinya..

Kejamkah aku?
Kiranya aku hanya memberikan secebis sisa kelukaan untuk dirasainya..
Sekadar untuk menyedarkannya.. Yang insan lain jua punya rasa..

Kejamkah aku?
Atau lebih kejam lagi dirinya.. 
 Yang tak pernah puas dengan apa yg dimiliknya..

Kejamkah aku? 
Atau lebih kejamkah dia... 
Yang lupa tentang tanggungjawabnya..

Kejamkah aku?
Atau kejamkah dirinya..
Kerana menyayangi insan lain selain miliknya..

Kejamkah aku?
Kerana telah belajar untuk lebih dewasa dalam kekejaman dirinya..
Kerana telah menjadi dingin dalam setiap bicara..

Kejamkah aku?Atau dia yang lebih kejam dari diriku?
Kerana aku tidak lagi tahu.. 
Dan tak mampu untuk mendiamkan diriku..
Atas kekejaman yang aku tahu...

Sunday 19 February 2012

kejatuhan itu menyakitkan...0_o.


kadang2 kita selesa berada di atas...
menggunung cita2 apabila selalu berada di atas...
seringkali kita mula merasakan selesa..
kita dihanyutkan rasa indah dalam kemegahan..
kita tak pernah membayangkan kekecewaan..
kita terus mendabik dada mendongak ke langit...
sampai satu masa...

kita jatuh...
kita mula merasakan kesakitan...
pedih sangat2.. dan kala itu timbul la rasa kecewa yang tiada tandingan...
apa sahaja seorang yang berfikiran waras mampu berfikir???
dia kecewa.. dia kini dibebani satu bencana..
kerana mendabik dada ke langit..
dia mula malu dengan orang sekelilingnya..
akhirnya... dia hancur kerana kejatuhan setelah 'berdiri'..

sakit.. sakit sangat kejatuhan itu tidak terperi...
rasa sudah mati semua hari..
semuanya suram...
sukar dimengerti dan payah untuk diwarnai..
kelam lah hidup insan ini...
dia jatuh setelah tegak 'berdiri'
dia jatuh kerana kesilapan sendiri...
sakitnya tiada terperi..

tunduk la melihat bumi..
tika kita ada pada tahap paling tinggi,
sesungguhnya kita bukan selalu di atas...
janji Tuhan itu pasti..
dan tiada apa yang kita miliki.. hanya milik Dia... 
jadilah terus seperti padi...
dan impikan lah terus setinggi bulan dan mentari...
kerana tika kita jatuh...
kita masih pegang pada sebuah harga diri..:)

Friday 3 February 2012

kisah ku...0_o.


Dengarkan kisahku… .
Dengarkan,
tetapi jangan menaruh belas kasihan padaku:
kerana belas kasihan menyebabkan kelemahan,
padahal aku masih tegar dalam penderitaanku..

Jika kita mencintai,
cinta kita bukan dari diri kita,
juga bukan untuk diri kita.

Jika kita bergembira,
kegembiraan kita bukan berada dalam diri kita,
tapi dalam Hidup itu sendiri.

Jika kita menderita,
kesakitan kita tidak terletak pada luka kita,
tapi dalam hati nurani alam.
Jangan kau anggap bahawa cinta itu datang kerana pergaulan yang lama atau rayuan yang terus menerus.

Cinta adalah tunas pesona jiwa,
dan jika tunas ini tak tercipta dalam sesaat,
ia takkan tercipta bertahun-tahun atau bahkan dari generasi ke generasi.
Wanita yang menghiasi tingkah lakunya dengan keindahan jiwa dan raga adalah sebuah kebenaran,

yang terbuka namun rahasia;
ia hanya dapat difahami melalui cinta,
hanya dapat disentuh dengan kebaikan;
dan ketika kita mencuba untuk menggambarkannya ,
ia menghilang bagai segumpal wap.

Monday 30 January 2012

surat untukmu bulan...0_o.


Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
 tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..

Sunday 29 January 2012

hati pada jiwa...o_0.


Gertak hati ku..
pada jiwa ku...

Engkau ampuni dia?
engkau lupakan dia?

tak ingat pada seksa mu?
tak ingat pada janji nya pada mu?
tak ingat pada senyumannya yang palsu?

Gertak hati ku..
pada jiwa ku.....

atau
engkau masih sayang dia..
engkau masih rindu dia..
engkau masih dambakan dia..
engkau dahaga kasihnya..
engkau masih..masih..masih..

aduhai laksana batu besar di tepian pantai
dipukul ombak berkali..
terluka masih kukuh di situ..
tercedera masih tak tumbang..
diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak

suci..suci rindu ku
suci..suci kasih ku
suci..suci pasrah ku

Tuhan....
bantu aku melupakannya..

Saturday 28 January 2012

di gigi ombak...0_o.

mungkin kau tiada
pernah ke sini
meletakkan sepasang kakimu
di gigi ombak
menghirup masinnya udara
merasai getar angin di hujung rambut
membina kota-kota impianmu
melihat wajah sendiri
lalu pecah menjadi buih
berulang dan berulang.

mungkin akulah yang silap
tiada pernah
menceritakan cantiknya laut
tentang hasrat ombak
gigih mencari hamparan pasirnya
tentang kukuhnya batuan
membasahi diri
tentang hibanya perahu
tatkala rusuh tengkujuh
berulang dan berulang.

di gigi ombak
rintik hujan yang kasar
menguasai setiap ruang
segalanya menjadi keliru
ditutupi senja duka.

Friday 27 January 2012

bukan membencimu....0_o.

Assalamualaikum..
Puisi yang saya tulis ini mungkin agak melibatkan hal peribadi saya. Maaflah saya kerna itu. Bagi saya, amat perlu saya menulis ini buat kawan saya ..... Puisi yang pelik ini, memang direka khas untuk dia seorang. Harap-harap dia membacanya dan memaafkan diri saya yang penuh dosa ini...




Maaf jika kata-kata mengguris rasa,
Maaf jika rasa, berderai air mata,
Sebenar-benar aku tidak tahu,
mengapa harus aku membencimu,
Mungkin hanya diri yang entah apa-apa,
mungkin hati dengki tidak semena-mena,
Anak bulan, nun dilangit tinggi,
Sedang diri, masih ditakuk lama,

Sungguh bukan maaf yang kau pinta,
namun hati ini tetap merasa dosa,
Umpat-umpatan tak tersengaja,
bukan niat diri, menyulam sindiran,
tapi rakan angkara gurauan,

Engkau kini bagai mendabik dada,
Penulisan puisi penuh bermakna,
namun egomu, amat menyakitkan jiwa,

Dengan itu maaflah aku sahabat,
Sungguh aku tak mampu meluahkan kesalahanmu,
kerana aku tahu, ku tidak sebagus dirimu,
Ku cuba buang perasaan busuk,
perasaan busuk yang telah ditusuk,
syaitan durjana mengapi-apikan,
persaudaraan atas keimanan,

Cukuplah sekadar ini kalam rasa
ingin ku leraikan perasaan dendam,
yang sekian lama tertanam di sanubari,
maafkan aku akan kekhilafan ini,
tidak terniat mahu mengguris jiwa perasaan,
Sungguh ia tidak mampu memuaskan mu,
Cukuplah sekadar engkau mengetahui,
tidak suka bukan beerti benci,
tidak suka tidak bermakna menolak,
penulisan kebenaran tercatit maya,

Teruskanlah berjuang, walaupun ia pahit,
Tak usah kau hiraukan perasaan ini yang sekelumit,
Langkahan dirimu adalah langkahan perjuangan,
jika hanya sedikit ujian, tidak bisakah bertahan?

Forgive me my freind...

Monday 23 January 2012

dikala senja tiba...0_o.

assalamualaikum.....
diharapkan kalian,semua berada dlm rahmat allah s.w.t...


Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan

Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan

Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Ya Allah ampunkanlah segala dosaku Ya Allah..