selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Sunday 19 June 2011

duhai ayah... 0_o.

assalamualaikum kawan2...hari ni 19jun adalah hari untuk insan yg kita sayangi.....HARI BAPA
ayah anak langkawi dah lama menemui maha pencipta
jadi pada kawan2 yg masih menpunyai insan yg bergelar bapa hargailah ia...
baik atau buruk dia tetap seorang ayah.....
nurkilan ni anak langkawi siapkan pada 19 jun 2011 lebih kurang pukul 4 pagi
semoga luahan hati ini dapat kita kongsikan bersama untuk ayah kita......
selamat hari bapa...


Ayah,
Kehidupanku serasa bermakna
Dengan titik peluhmu
kakak dan aku  mengenali dunia
Dengan kasih-sayangmu
kakak dan aku mengenali bahagia
Dengan ilmumu
kakak dan aku mengenali Allah Yang Maha Esa.

Ayah,
Aku tahu susah payahmu
Aku tahu deritamu
Aku tahu budimu
Semuanya kau persembahkan
Tanpa sedikit pun rungutan
Tanpa sedikit pun kemalasan
Demi membela diri kami sekeluarga.

Ayah,
kau tetap gagah melawan ombak
kepayahan dan perjuangan hidup
demi untuk kebahagiaan keluargamu
terkadang kau tersungkur
NAMUN.....
kau tetap berusaha
berdiri semula
demi untuk anak-anak dan isterimu.

Ayah,
antara HERO yang paling aku kagumi
yang paling UNIK pernah aku kenali
AMANAHnya dilunaskan dengan baik sekali
hatinya  semangat WAJA dengan BERKORBAN
mencari rezeki untuk anak dan isteri

Ayah,
Jutaan kasih dan penghargaan ku hulurkan
Buatmu yang sentiasa jerih dan perit
Sanggup berkorban segalanya
Hanya kerana keluarga tercinta.


*ayah dikaulah WALET...ABI...ABAH...ATA...PAPA...BABA DAN AYAH yang paling teristimewa di hati &sanubariku ini.....

No comments:

Post a Comment