Wahai Jiwa !
Janganlah melangkah di jalan yang tidak berkeputusan
Di alam ini ada terhampar berjuta harapan
Janganlah berjalan mengarah pada sisi kegelapan
Kerana di alam ini ada cahaya iman
Wahai Hati !
Allah ada dikala terluka
Allah ada dikala raga letih dan menderita
Allah ada dikala diri terhina
Allah ada dikala bahagia datang menyapa
Wahai Diri !
Ujian akan selalu datang silih berganti
Seperti layaknya pergantian hari
Maka hadapilah persoalan dengan rumus cinta Ilahi
Niscaya kedamaian akan bersemi didalam hati
Wahai Aku !
Jangan pernah takut untuk terus melangkah
Niatkan semua peranan untuk ibadah semata
Selagi ikhtiar dan doa doa melantun indah
Allah jualah pengubur segala resah,gundah gelisah
Wahai anak Adam !
Hidup ini hanyalah sekali
Sesungguhnya hidup hanya untuk mengabdi
Kepada Ilahi penguasa alam semesta ini
Maka jadilah muslim yang sejati
Kerana syurganya telah menanti.
(^_^) tumb up for u...
ReplyDelete0_o. da tak bole nak cakap ape da ni...senyum je la.....=)
ReplyDelete