selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Thursday 9 June 2011

HATI (part 2)..0_o.

HATI WANITA(part2)

1. Sensitif :
sememang hati wanita ini begitu sensetif dan amat peka dengan suaminya. sensetifnya wanita dengan kelakukan suaminya sehingga dapat merasakan perubahan yang kecil bagi kaum lelaki tetapi amat besar bagi wanita. Contohnya, jika si suami terlupa untuk mengucup dahi isteri sebelum pergi bekerja seperti mana kebiasaan dilakukan setiap hari, maka merajuklah si isteri kepada suaminya.
Akan tetapi kaum wanita @ isteri perlu sentiasa mengingati kata-kata dari sahabat nabi  iaitu Talhah bin Ubaidah,r.a., iaitu “Mana-mana perempuan yang bermuka masam terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya tersinggung hatinya dan berdukacita, maka perempuan itu akan dimarahi Allah SWT sehingga lah ia bermuka manis dan tersenyum mesra kepada suaminya.”

2. Cerewet :    
cerewet wanita bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala,tetapi bertempat.contohnya, Kaum wanita dikatakan cerewet dalam hal membeli belah. Untuk memdapat satu barang akan dibuat tinjauan dari sebuah kedai ke sebuah kedai lain semata-mata mendapatkan barang yang dikehendaki dengan harga yang paling murah atau paling berkualiti. Itu menandakan mereka bukan cerewet tatapi berhemah dalam mentadbir kewangan keluarga. Kaum wanita ingin membantu suami mereka berjimat-cermat dalam soal berbelanja dan kaum suami  seharusnya mengucapkan terima kasih kepada kaum isteri.

3. Halus :
kehalusan hati wanita dikaitkan dengan kelembutan belaian kasih sayang mereka. seorang ibu menjaga anaknya dengan penuh belaian kasih sayang tidak kira siang dan malam semasa anaknya masih kecil(bayi). Kelembutan seorang wanita juga boleh mencairkan seorang lelaki yang kuat. Segagah gagah orang lelaki akan mengikut telunjuk si isteri kerana kelembutan dan kasih sayang yang ditunjukkan kepada suami. Akan tetapi isteri harus sedar lelaki bukan dayus jika menunjuk telunjuk isteri tetapi lelaki ingin wanita merasakan mereka amat dihargai.     

4. Ikhlas :
perihal ikhlas tidak boleh di gambarkan dengan kata-kata .keikhlasan juga tidak dapat di gambarkan dengan perbuatan , ibarat mencari sehelai  rambut di dalam abu arang dalam tempat yang gelap. Keikhlas seseorang merupakan rahsianya sahaja dengan Allah SWT. Keihklasan seorang wanita mungkin boleh diterjemahkan dengan kesanggupannya mengharungi segala liku-liku, onar duri, kesenangan dan kesusahan yang akan ditempuhi bersama suami yang di cintai bersama-sama dan sentiasa mengharapkan diberi kebahagia daripada Allah SWT setiap masa kepada dirinya dan anak serta suaminya.

5. Korban :
Pengorbanan wanita kepada lelaki hanya bermula dari sahnya ikatan perkahwinan mereka sahaja. Wanita perlu faham dan berwaspada agar tidak diambil kesempatan atas pengorbanan mereka , kerana banyak yang suka mengambil kesempatan. Contoh  pengorbanan isteri di zaman nabi ialah Siti Asmak Binti Abu Bakar Al- Siddik,r.a.” saya telah ersuamikan Az-Zubir Ibn Al- Awwam sedang ia tidak mempunyai tanah, atau khadam, atau harta-benda, selain daripada seekor kuda tunggangannya dan seekor unta pengangkat air .sayalah yang membela kuda itu dan menjaga makan minumnya, dan sayalah juga yang menumbuk biji-biji buah kurma untuk dimakan oleh unta itu dan menjaga makan minumnya. Sayalah  juga yang pergi mengambil biji-biji buah kurma (makanan unta) dan menjunjungnya di atas kepala saya sejauh dua pertiga farsakh(kira-kira tiga batu). Demikianlah halnya sehingga akhirnya ayah saya Abu Bakar Al- Siddik memberikan saya seorang khadam perempuan lalu dia menjaga kuda itu. Dengan pemberian itu seolah-oleh ayah saya telah membebaskan say dari kerja yang berat itu.”

6. Prihatin :

wanita yang telah berkahwin perlu prihatin kepada kehendak dan kemahuan suaminya, di petik daripada kata-kata imam Al- Ghazali kepada anak perempuannyapada hari perkahwinan anaknya itu: “anakku, engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal, dan rakan hidup(suami) yang tidak engkau iasa dengannya. Oleh itu hendaklah engkau menjadi bumi bagi suamimu supaya dia menjadi langit bagimu, dan hendaklah engkau menjadi ibarat khadam kepadanya supaya dia pula menjadi khadam kepadamu. Jangan pula engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu kepadanya kerana cara yang demikianakan menjadikan dia benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya dia akan melupakan engkau. Kalau dia pula jauhkan diri dengan berupa marah( kerana sesuatu pekara yang menyebabkan kemarahannya) maka eloknya jauhkanlah dirimu daripadanyasemaa marahnya. Peliharakanlah hidung, telinga damn matanya. Janganlah dia mencium apa-apa daripadamu melainkan yng harum, dan janganlah dia mendengarkan apa-apa daripadamu melainkan yangbaik, dan janganlah dia melihat apa-apa daripadamu melainkan yangcantik dan indah.” 

7. Manja  :
Manja seorang wanita yang baligh hanya pada seorang lelaki yang menjadi suaminya sahaja . kemanjaan tersebut sama ada percakapan dan juga perbuatan akan mengeratkan lagi hubungan rumah tangga.

8. Ego : 
setiap manusia mempunyai perassan ego atau perasaan bongkak. Bagi  wanita yang bergelar isteri mereka tidak boleh bersikap ego kepada suaminya.setiap perintah suaminya perlu di patuhi selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama, bagi mengelak di gelarkan sebagai isteri yang derhaka. Sabda Rasullullah s.a.w. yangdiriwayatkan oleh Al-bukhari dan Muslim iaitu “ apabila suami meminta isterinya dating ke tepat tidurnya, trtapi isteri tidak juga dating mendapatkan dia, lalu ia tidur dalam kemarahan terhadap isterinya, maka perempuan itu akan dikutuk oleh malaikat hingga esok harinya.”  

9. Cinta :
Cinta kepada seseorang lelaki bagi wanita perkara yang paling indah selama hidup di muka bumi ini.begitu juga bagi lelaki. Masing- masing menharapkan kebahagian hidup di dunia dengan pasangan yang meraka sayangi.tetapi jangan disebabkan cinta yang teramat sayang kita melakukan pekarayangdi tegah oleh agama islam. Islam telah mengariskan garis panduan iaitu dengan menyuruh berkahwin agar tidak terjadi perkara yang tidak di suka Allah SWT seperti berkhalwat dan berzina.   Diambil kata-kata daripada seorangshabat nabi iaitu Abdul Rahman bin Auf “ perempaun yangsalih, lebih baik daripada seribu lelaki yang bukan salih. Sebarang perempuan yang berkhidmat kepada suaminya selama tujuh hari akan tetutup kepadanya tujuh buah pintu neraka dan terbuka baginya lapanbuah pintu syurga. Ia masuk kedalamnya dari sebarang pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.”


10. Seks:
tujuan atau matlamat seks atau pun hubungan kelamin adalah melahirkan zuriat atau keturunan kepada suami isteri tersebut selain memenuhi kehendak biologi pasangan dan juga merupakan satu tuntutan agama yang mendapat ganjaran pahala. Islam menganggap suami yang meyetubuhi isterinya telah melakukan sedekah kepada isterinya. Begitu juga dengan isteri yang melakukan persetubuhan dengan suaminya termasuk dalam amal ibadah yang mendapatkan pahala kerana isteri telah menjalankan kewajipan seorang isteri dengan taat kepada perintah suami. Sabda Rasullullah s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Muslim iaitu “ dan bagi kamu pahala kerana bersetubuh dengan isteri. Bertanya para sahabat: apakah seseorag dari kami melepaskan syahwatnya mendapat pahala? Apakah pendapat kamu kalau meletakkannya(syahwat itu) pada yangharam apakah tidak ia berdosa? Maka begitulah bila ia meletakkan pada tempatnya yang halal ia pasti beroleh pahala.


hak cipta seorang sahabat yg tidak mahu namanya di siarkan
idea asal anak langkawi... 

No comments:

Post a Comment