selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Saturday 11 June 2011

LELAKI SEJATI.0_o.

kala isu gay memenuhi dada akhbar suatu masa dulu, dan bagaimana kes itu menjadi suatu perkara "biasa" dalam kalangan golongan atasan, anak langkawi beristhighafar beberapakali. apa akan jadi pada dunia hari ini? berita itu bukan berlaku di negara Eropah, atau di negara Asia Tenggara lain, tetapi ia kes yang terjadi di tanahair kita,MALAYSIA, tanah tumpah darahku. Dan rata-ratanya yang terlibat dalam kancah gay adalah golongan bangsa MELAYU; jadi kalau bangsa MELAYU, sudah pasti agamanya adalah ISLAM. anak langkawi termenung panjang,  kala isu tentang gay belum didedahkan di dada akhbar. ya, anak langkawi tidaklah terperanjat sangat. memang sebelum ini pun anak langkawi telah mendengar bahawa bandaraya Kuala Lumpur, sarang "lelaki-lelaki PERKASA COMEL"

hari ini, fenomena itu muncul lagi, itu membuatkan anak langkawi tersentuh.... anak langkawi terkilan kerana ramai wanita yang bekerjaya hebat tetapi tidak mempunyai pasangan lelaki yang hebat. maka, jadilah kelompok wanita yang hebat itu "ANDALUSIA", atau bahasa mudahnya anak dara lanjut usia. kenapa terjadi demikian? musababnya lelaki-lelaki yang hebat, terjebak dalam dunia "lelakinya", dan tidak mahu mendampingi wanita hebat tersebut. alangkah sukarnya hari ini untuk mencari lelaki sejati walhal dalam Islam, jelas pimpinan kaum Adam dijadikan tunggak dalam sebuah masyarakat yang harmoni. dan bagaimana pula nanti generasi akan datang? anak langkawi selalu bertanya demikian, dan akhirnya pertanyaan anak langkawi tinggal pertanyaan.

ayuh warga kampus khususnya anak muda perkasa, jadilah kalian "LELAKI SEJATI" kerana Yang Maha Pencipta sudah menjadikan kalian demikian rupa semenjak keluar daripada rahim ibu masing-masing. jangan dek kerana pengaruh persekitaran, kalian hanyut ditelan arus modenisme, sekularisme, pluralisme dan macama-macam ideologi Barat yang menguggah peribadi Melayu-Islam yang kukuh sejak azali. kasihanilah golongan wanita yang mengharapkan datangnya "lelaki sejati" dalam hidup mereka, demi zuriat-zuriat yang bakal kalian lahirkan bersama, dan paling utama demi maruah agama, bangsa dan negara tercinta, justeru, renung-renunglah setiap detik nafas yang ada!

Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

No comments:

Post a Comment