selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Friday 10 June 2011

LUAHAN HATI SEORANG INSAN....0_o.


Takdir Illahi…
Mengapa Aku Ya Allah,
Mengapa Aku Yang Merasai Derita,
Sungguh Berat Untuk Aku Terima Dugaan Mu Ya Allah
Seperti Tiada Jalan Penyelesaian Bagi Ku Lagi,
Hanya Kematian Sahaja Yang Aku Amati,

Salahkan Aku Bercinta Ya Allah,
Ku Sayang Dia Ku Amat Cinta Dia,
Ku Sanggup Lapar Untuknya
Ku Sanggup Korban Masa Untuk Nya,
Ku Sanggup Lupakan Keletihan Deminya,
Semata-Mata Ingin Megekalkan Cintanya Untuk Aku,

Apabila Ditegur Maka Pasti Aku Akan Dimarahi,
Apabila Aku Terlalai Ditegur Dengan Maki Hamun,
Tapi Aku Sikit Pun Tak Peduli Dengan Semua Itu,
Di Sepak Terajang,Ditampar, Di Tumbuk Sebagainya,
Dikatakan Aku Ni Gila Kerana Sanggup Bersamanya Lagi,



Sering Kali Tersalah Menghantar Sms Kepada Aku,
Sms Sayang Dan Rindu Untuk Bertemu,
Tapi Bukan Untuk Aku,
Bila Aku Bertegas Mahu Jawapan Yang Jujur,
Di Jawab Mereka Hanya Teman Sekerja,

Aku Sentiasa Menagis Kerananya,
Aku Sentiasa Runsing Memikirkan Dia Ya Allah....
Tiada Tawa Dalam Dunia Ku Lagi,
Hanya Kesedihan Bertambah Dengan Kesedihan Setiap Hari,
Biarlah Aku Sedih Sekarang Agar Dapat Aku Bersama Dengannya Hingga Sekarang

Aku Tak Hiraukan Keluargaku,
Aku Tak Hiraukan Saudara Maraku,
Aku Tak Hiraukan Kata-Kata Orang Yang Berada Di Sekelilingku,
Aku Yakin Dengan Perasaan Hati Yang Aku Boleh Bersama Dengannya,
Aku Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuknya,

Dunia Aku Hancur Musnah,
Hancur Musnah Berkecai,
Aku Telah Ditinggalkan Seperti Seekor Kucing,
Boleh Dibuang, Di Campak Di Mana-Mana Sahaja,
Setelah Aku Disayangi Seketika Waktu,
Kemudian Di Tinggalkan Begitu Saja,

Aku Meronta Ronta Seakan Anak Kecik,
Meronta Kerana Kepedihan Dalam Hati Yang Tidak Boleh Di Keluarkan,
Aku Meraung-Raung Memanggil Namanya,
Walaupun Aku Tahu Dia Tak Akan Dapat Bersama Aku Lagi
Aku Cuma Tahu Menagis,Menagis Dan Menagis,
Setiap Kali Aku Mengingati Wajah Orang Yang Ku Puja Selama Ini,
Menagis Teresak- Esak Tak Peduli Dengan Waktu Dan Hari,

Kasih Ayah Yang Pilu Melihat Anaknya Tersiksa,
Di Peluk Dengan Penuh Kasih Sayang,
Kata-Kata Kalimah Allah Swt Di Ucapkan Pada Cuping Telinga Anaknya Itu
“La Illah Haillallah, Muhammadar Rasullullah”,
Membuat Aku Tersedar Dari Dunia Aku Yang Musnah,
Betapa Jahilnya Aku Tidak Mengingati Kepadanya Selama Ini,

Selama Ini Aku Hidup Tanpa Mengingatinya,
Aku Lupa Siapa Pencipta Aku,
Aku Lupa Untuk Apa Aku Hidup Selama Ini,
Aku Tinggal Segala Perkara Yang Di Suruh Lakukan,
Aku Buat Benda- Benda Yang Dilarang Olehnya,
Aku Hidup Dalam Dunia Yang Aku Ciptakan Sendiri,
Bukan Di Bumi Yang Nyata Yang Aku Lihat Sekarang,

Terima Kasih Ya Allah,
Terima Kasih Kerana Menyedarkan Aku Dari Dunia Khayalanku,
Terima Kasih Kerana Memberi Peluang Untuk Aku Bertaubat Kepada Mu Ya Allah,
Terima Kasih Kerana Belum Mencabut Nyawa Ku Lagi Seperti Yang Aku Inginkan Sebelum Ini,
Terima  Kasih Kerana Membenarkan Cahaya Nur Masuk Kedalam Hatiku Yang Kelam Ini,
Terima Kasih Kerana Memberi Hadiah Paling Bermakna, Terindah, Dan Berharga,
Iaitu Hidayah Daripada Mu Ya Allah ,
Yang Aku Mengetahui Hanya Hambamu Yang Engkau Kasihi Sahaja,
 Akan Engkau Berikan Nikmat Ini,
 Terima Kasih Atas Suratan Takdir Yang Hanya Engkau Sahaja Ketahui,
“Alhamdullillah Hirobbil Alamin”

2 comments: