selamat datang dan terima kasih.....0_o.

TERIMA KASIH....DAN SELAMAT DATANG KE LAMAN NURKILAN SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.....
SEBELUM ANDA SEMUA PERGI LEBIH JAUH KEDALAM LAMAN NUKILAN INI SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA AYAT2 DARI PENULISAN SAYA NANTI MENGGURIS HATI ANDA.....
DENGAN LAFAZ BISMILLAH HIRROHMAN NIRROHHIM...SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN.......



Tuesday 7 June 2011

ADA JODOH TAK KEMANA.......0_o.

Seorang sahabat saya dahulu berkongsi cerita apabila cintanya ditolak setelah sekian lama mengikat janji. Tetapi dia tidak muram walaupun saya mengerti hatinya sedih dan berat menanggungnya. Saya sendiri sudah merasakan situasi itu, andailah anda ketika itu sedang belajar, terasa seperti mahu berhenti belajar, hidanglah apapun jenis makanan yang lazat di hadapannya, terasa seperti melihat najis, tiada selera! Tidak hairanlah kalau anda dapat bayangkan, jika yang putus bercinta itu sedang duduk di bangunan tinggi, mahunya tidak terjun ke bawah? Mati dan sakit itu nombor dua, yang penting luka dapat dipadamkan.

Kuatnya penangan cinta.

Namun bukannya dia tidak tahu, wanita yang ada di muka bumi ini bukan seorang sahaja, bahkan lebih dari seorang. Boleh sahaja jika cinta yang lama dan dilukai itu dialihkan kepada cinta baru yang lebih baik. Ah! Kata Pepatah Melayu sangat kuat meracuni fikiran orangnya iaitu Melayu sendiri ‘Kumbang Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum’ Pepatah itu bukan lagi menjadi pemujuk hati yang berdarah, tetapi sudah menjadi barah.

Tetapi, sahabat saya yang seorang itu tidaklah begitu, dia seorang yang kuat. Jodoh itu TUHAN yang berkuasa berikan, siapapun pilihan dia, TUHAN lebih berhak memilihkan jodoh untuknya. Akhirnya, dia menemui pilihan hati yang sempurna pada pandangan saya.

Ada lesung pipit dan manis orangnya.

Kita sebagai manusia diberi peluang untuk mentadbir kehidupan dengan kuasa sendiri tetapi dalam masa yang sama takdir ALLAH lebih menguasai sekalian tadbir manusia. Jika Hitam yang sudah tersurat dalam diari Tuhan, maka segala warna daripada tadbir manusia akan terpadam.
Manusia disuruh yakin dengan keputusan sendiri, tetapi mesti juga meletakkan keyakinan pada kekuasaan TUHAN lebih hadapan daripada segalanya.

Tidak mustahil, ada orang yang bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Semuanya lain-lain.

Itulah jodoh – Luar biasanya kerana ia adalah susunan TUHAN yang manusia tidak sempat memikirkannya. Apapun, ia tersembunyi dengan hikmah yang banyak.

Nota: cinta bukan syarat untuk menilai ketentuan jodoh. Kalau sudah jodoh tak akan lari ke mana-mana. Kata orang, bercinta dengan orang lain, berbini dengan yang lain. Itulah kuasa TUHAN, tidak semestinya yang sudah mempunyai pasangan hati akan berkahir di kerusi pelamin.


No comments:

Post a Comment